Read Time:31 Second
KOTA KINABALU: Perlawanan pusingan kedua Piala FA 2025/2026 antara Sabah FC dan Bunga Raya FC di Stadium Likas malam ini terpaksa ditunda ekoran keadaan padang yang tidak sesuai untuk bermain.
Aksi yang sepatutnya bermula pada jam 7.30 malam ditangguhkan beberapa jam selepas hujan lebat berterusan menyebabkan air bertakung di permukaan padang.
Walaupun masa menunggu tambahan 30 minit diberikan, keadaan cuaca tidak menunjukkan perubahan positif.
Tarikh baharu perlawanan akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pihak Malaysian Football League (MFL).
Untuk rekod, Sabah FC sebelum ini melakar kemenangan besar 6-0 ke atas Bunga Raya FC pada pertemuan pertama. – Chronivo