HomeUtamaPelajar penerapan perlu mohon kolej mengikut prosedur - UiTM Sabah

Pelajar penerapan perlu mohon kolej mengikut prosedur – UiTM Sabah

Read Time:1 Minute, 10 Second

Kota Kinabalu : Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah menegaskan bahawa isu pelajar baharu tidak mendapat tempat di kolej kediaman adalah berpunca daripada salah faham mengenai tatacara permohonan penempatan, khususnya melibatkan pelajar dari laluan penerapan.

UiTM Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, universiti sememangnya menyediakan kemudahan kolej kediaman kepada pelajar baharu, namun terdapat perbezaan dalam kaedah penempatan berdasarkan laluan kemasukan.

“Penempatan kolej kediaman disediakan khusus untuk pelajar baharu diploma dan sarjana muda laluan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), asasi, matrikulasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Pelajar baharu laluan penerapan tidak disediakan kolej kediaman tetapi pelajar boleh membuat permohonan kemudahan penempatan kolej kediaman, tertakluk kepada syarat dan prosedur permohonan yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu di sini pada Jumaat.

Bagi memastikan maklumat sampai kepada pelajar, Pusat Residensi dan Hospitaliti Pelajar telah mengeluarkan Memo Jabatan pada 7 September 2025 kepada semua pelajar baharu penerapan sesi 20254, memaklumkan tentang proses dan tarikh penting permohonan.

Setakat 12 September, seramai tujuh orang pelajar baharu laluan penerapan berasal dari negeri Sarawak, Kedah, Melaka dan Pulau Pinang telah membuat permohonan dan diluluskan penempatan kolej kediaman di UiTM Cawangan Sabah.

Sehubungan itu, UiTM Cawangan Sabah menyeru semua pelajar baharu penerapan untuk mengikuti proses permohonan yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran urusan penempatan.

Pihak universiti sentiasa komited untuk menyediakan kemudahan kolej kediaman kepada pelajar baharu penerapan, khususnya yang datang dari luar Sabah, agar kebajikan dan keselesaan mereka terjamin sepanjang tempoh pengajian. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

SSMJ nafi keluarkan tawaran geran, bantuan melalui WhatsApp

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular