HomeUtamaPatriotisme, toleransi kunci keharmonian, generasi muda perlu dipupuk

Patriotisme, toleransi kunci keharmonian, generasi muda perlu dipupuk

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Semangat patriotisme dan sikap toleransi dalam kalangan generasi muda dilihat sebagai kunci utama dalam mengekalkan keharmonian masyarakat majmuk di negeri ini.

Setiausaha Agung Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Mohammed Razali Razi berkata, usaha memupuk nilai tersebut perlu digerakkan secara konsisten.

Katanya ini termasuklah melalui program pendidikan dan aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pelajar dan anak muda.

“Kadang-kadang pelajar kurang diberi pendedahan tentang sejarah atau kepentingan patriotisme.

“Nilai itu bukan sahaja dirai ketika bulan kebangsaan, sebaliknya perlu diamalkan sepanjang masa sebagai asas perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Generasi Patriotik 2025 anjuran Pergerakan Beliawanis negeri Gagasan Rakyat di sini pada Jumaat.

Razali menyampaikan hadiah kepada pemenang

Hadir sama Ketua Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat Emmie Datuk Martin Idang.

Razali berkata, dalam era media sosial yang serba pantas, generasi muda mudah terdedah kepada maklumat yang tidak sahih

Justeru katanya, kefahaman mendalam tentang sejarah dan semangat kebersamaan penting bagi membentuk daya tahan terhadap pengaruh luar.

Menurutnya, keharmonian hanya dapat dikekalkan jika masyarakat sentiasa berpegang pada prinsip saling menghormati antara satu sama lain.

Program berkenaan turut menekankan peranan belia sebagai agen perubahan yang mampu menyumbang kepada pembangunan negeri melalui semangat patriotisme, perpaduan dan toleransi yang tinggi. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular