HomeUtamaMangsa banjir Sabah meningkat, 394 dipindahkan ke 4 PPS

Mangsa banjir Sabah meningkat, 394 dipindahkan ke 4 PPS

Read Time:39 Second

KOTA KINABALU : Jumlah mangsa banjir di Sabah terus menunjukkan peningkatan apabila 394 mangsa dari 124 keluarga dipindahkan ke empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dua daerah di negeri ini.

Antara daerah terjejas adalah Beaufort dan Penampang.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, setakat jam 8 malam tadi, peningkatan ketara dicatatkan di Penampang, di mana jumlah mangsa kini mencecah 245 orang daripada 74 keluarga. 

Mereka ditempatkan di tiga PPS yang diaktifkan, antaranya Kompleks Sukan Penampang; Dewan Huguan Siou dan Sekolah Kebangsaan (SK) St Paul Kolopis.

Sementara itu, di Beaufort, jumlah mangsa menunjukkan sedikit peningkatan apabilan merekodkan 149 orang daripada 50 keluarga. 

Semua mangsa di Beaufort dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di Selagon.

Secara keseluruhan, 22 kampung di kedua-dua daerah terjejas akibat banjir. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular