HomeUtamaLaluan Jalan Penampang–Tambunan dibuka satu lorong, kerja baik pulih 24 jam dipergiat

Laluan Jalan Penampang–Tambunan dibuka satu lorong, kerja baik pulih 24 jam dipergiat

Read Time:1 Minute, 32 Second

Penampang : Kerajaan negeri memberi jaminan tindakan segera sedang dilaksanakan bagi menangani insiden tanah runtuh di Jalan Penampang–Tambunan di sini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerja-kerja pembaikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama syarikat konsesi kini giat dijalankan tanpa henti, dengan sasaran memulihkan laluan dua hala dalam masa satu hingga dua hari.

“Saya telah mengarahkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan konsesi penyelenggaraan jalan raya untuk segera membersihkan kawasan terjejas. 

“Pada masa ini, laluan telah dibuka dengan satu lorong namun saya telah mengarahkan supaya kerja pembersihan disiapkan dalam tempoh dua hari dengan penambahan jentera dan kerja 24 jam supaya kedua-dua lorong dapat digunakan sepenuhnya demi keselamatan dan kelancaran rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di lokasi kejadian sejurus tiba dari Kuching pagi tadi.

Hajiji berkata, bekalan elektrik yang terputus turut diberi perhatian dan telah mengarahkan Sabah Electricity segera menyambung semula bekalan terjejas.

Beliau turut mengarahkan Jabatan Air Sabah dan JETAMA memastikan bekalan air bersih
kembali normal di kawasan terjejas.

Katanya, semua usaha bantuan itu akan diselaraskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri bersama agensi berkaitan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyalurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa-mangsa yang terkesan.

Siasatan awal mendapati tanah runtuh berkenaan dicetuskan oleh curahan hujan lebat berterusan selama tiga hari berturut-turut. Menurut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui laman Public InfoBanjir, taburan hujan tertinggi direkodkan sebanyak 23.4 milimeter dalam tempoh 15 minit dan 82.5 milimeter dalam tempoh sehari pada 11 September lalu. 

Keadaan itu menyebabkan cerun di kawasan terbabit menjadi tidak stabil sehingga berlaku runtuhan besar.

Dalam tragedi yang sama, sebuah rumah penduduk dilaporkan runtuh akibat tanah mendap, mengorbankan penghuni.

“Saya juga menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden ini.

“Kerajaan Negeri akan menyalurkan bantuan khairat kematian serta bantuan membina semula kediaman kepada keluarga yang terjejas,”katanya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular