HomeUtamaGenerasi muda diseru jadi penggerak kemajuan Sabah

Generasi muda diseru jadi penggerak kemajuan Sabah

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Semangat patriotik yang ada pada diri setiap rakyat Malaysia hari ini cukup bermakna kerana ia mengingatkan kepada erti sebenar cinta kepada tanah air.

Ketua Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Emmie Martin Idang berkata, rakyat yang mencintai negeri ini sudah pasti mahukan kemajuan bukan sahaja untuk Sabah tetapi juga melahirkan pemimpin yang menjaga kebajikan rakyat.

“Apabila kita benar-benar menyayangi Sabah dan memikirkan masa depan diri kita sendiri, kita akan faham bahawa politik bukan sekadar pidato di pentas.

“Tetapi ia adalah penentu hala tuju masa depan. Politik bukan sekadar debat di Parlimen atau DUN, tetapi penentu biasiswa, peluang kerjaya dan harga barang dapur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Generasi Patriotik 2025 anjuran Pergerakan Beliawanis negeri Gagasan Rakyat di sini pada Jumaat.

Majlis berkenaan dirasmikan Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, Datuk Mohammed Razali Razi. 

Oleh itu katanya, Pilihan Raya Negeri (PRN) akan menjelang. Beliau tidak mahu memaksa sesiapa untuk memilih siapa, tetapi belajarlah menilai dan mengambil tahu. 

Katanya, golongan muda khususnya perlu fahami dasar-dasar pembangunan dan inisiatif yang sudah dan sedang dilaksanakan.

“Adik-adik semua sudah matang dan boleh berfikir secara rasional, saya yakin adik-adik akan pilih yang terbaik.

“Tetapi kepada semua anak muda, ketahuilah kami di sini bukan sahaja untuk bercakap, tetapi untuk mendengar. 

“Jika ada kekurangan, bantulah kami, berikan idea, sumbangkan pandangan, dan bersama-sama kita bina Sabah untuk lebih maju,” katanya.

Menurutnya, kemajuan yang mahu dicapai adalah untuk negeri dan negara yang dicintai.

Katanya, politik sebenar tidak lahir dari perebutan kuasa atau sekadar pidato di pentas. 

“Politik yang murni lahir daripada semangat patriotik, semangat cinta kepada negeri, kepada rakyat dan kepada masa depan kita bersama,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular