HomeUtamaAnggota tentera maut, seorang lagi hilang di Pulau Mataking

Anggota tentera maut, seorang lagi hilang di Pulau Mataking

Read Time:41 Second

SEMPORNA: Seorang anggota tentera maut manakala seorang lagi dilaporkan hilang selepas terlibat dalam satu insiden ketika melaksanakan Operasi PASIR Sektor Semporna Siri 3/2025 di perairan Pulau Mataking, semalam.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Prebet Muhammad Irfan Haiqal Abdullah, 20, dari Kompeni C, Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD). Beliau ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas menerima bantuan perubatan.

Seorang lagi anggota, Prebet Muhammad Zulkarnain Jaffar, 27, masih belum ditemui dan operasi mencari serta menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan pasukan sahabat.

Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) dalam kenyataan berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada insiden lemas, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Sebarang perkembangan berhubung insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” jelas kenyataan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular