HomeUtama140 artis budaya warnai sambutan Hari Malaysia 2025 Selasa ini

140 artis budaya warnai sambutan Hari Malaysia 2025 Selasa ini

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU:  Seramai 140 artis budaya bakal mewarnai sambutan Hari Malaysia 2025 di Padang Merdeka pada 16 September ini, termasuk penampilan istimewa lebih kurang 10 artis tempatan Sabah dan Sarawak.  

Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), Mackey Apison Lo berkata, LKNS diberi peranan mengendalikan persembahan pelbagai etnik seni budaya bermula seawal 4.30 petang pada hari berkenaan.

“Antara persembahan yang akan ditampilkan termasuklah kumpulan busker dan Masmona selain penyusunan sambutan ketibaan VVIP khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, yang melibatkan kumpulan kesenian etnik termasuk persembahan singa.

“LKNS turut merangka sebuah persembahan khas bertajuk Gerbang Perpaduan Madani yang menggambarkan perjalanan rakyat Sabah dan Malaysia berbilang kaum, etnik serta budaya yang hidup harmoni di bawah satu payung kedaulatan.

“Persembahan ini mengetengahkan nilai hormat, kasih sayang dan semangat tolong-menolong sebagai teras kehidupan masyarakat Malaysia,”katanya kepada media selepas temu bual di konti Sabah FM, Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi di sini pada Khamis.

Menurutnya enam kumpulan kesenian yang terlibat ialah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Borneo Arts, Artums, Praps, Ngalays, Artis Wayang Sabah serta kumpulan kesenian Belia KBS.

“Latihan persembahan ini berlangsung lebih sebulan, melibatkan persatuan etnik dan kumpulan kesenian di Kota Kinabalu. 

“Sepanjang latihan, mereka saling berinteraksi hingga membangkitkan semangat kekitaan serta kerjasama, sekali gus memperlihatkan keunikan etnik Sabah melalui gerak tari, nyanyian dan busana,” katanya.  

Selain itu, penampilan khas turut membabitkan artis tempatan Sarawak, Mawat bersama barisan artis Sabah antaranya Elica Paujin, Dr. Sharif Zainal, Ayin, Jacklyn Chia, Afiq Ahmed, Eylia Guntabid, Rey Guntabid dan Maldini Sidney.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular