HomeIsu tempatanUMS, MTIB meterai MoU perkukuh kerjasama sektor perkayuan

UMS, MTIB meterai MoU perkukuh kerjasama sektor perkayuan

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU :  Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan, pembangunan inovasi dan latihan industri berkaitan sektor perkayuan negara.

Majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Lembaga Eksekutif, Bangunan Canselori UMS itu menyaksikan Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor, dan Ketua Pengarah MTIB, Saiful Bahri Salleh, menandatangani dokumen MoU sebagai wakil kedua-dua pihak.

Menurut Kasim, pemeteraian MoU itu merupakan titik permulaan yang signifikan ke arah memperkukuh hubungan strategik antara dunia akademik dan industri, khususnya dalam sektor perkayuan yang mempunyai peranan penting terhadap pembangunan negara.

“Kerjasama ini bukan sahaja membuka ruang lebih luas kepada penyelidikan bersama, pemindahan teknologi dan inovasi, malah turut menyediakan peluang kepada pelajar UMS untuk mendapatkan latihan industri serta pendedahan praktikal yang selari dengan kehendak pasaran semasa.

“Ia selaras dengan usaha universiti untuk melahirkan graduan berkualiti tinggi, berdaya saing dan mampu memenuhi tuntutan pasaran kerja yang semakin mencabar,” katanya.

 Kasim berkata, kerjasama itu juga memberi ruang kepada UMS menyelaras hasil kajian dengan keperluan sebenar industri, sekali gus memastikan penyelidikan dapat diterjemahkan kepada produk, dasar dan amalan terbaik yang memberi impak nyata kepada masyarakat.

“UMS juga melihat potensi besar untuk memperluaskan kolaborasi dalam pembangunan produk hiliran berasaskan kayu serta penerokaan dalam bidang reka bentuk dan seni bina kayu yang diyakini mampu meningkatkan nilai tambah kepada industri.

“Kerjasama ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan yang berdaya saing, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran global, sejajar dengan aspirasi UMS dalam melahirkan graduan berkualiti tinggi,” katanya.

Hadir sama adalah Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar; Dekan Fakulti Perhutanan Tropika, Profesor Madya Dr. Normah Awang Besar @ Raffie dan Pengarah WISDEC, Ts. Muhammad Faizul Razilah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Mahasiswa UiTM himpun 180kg E-Waste, tingkat kesedaran alam sekitar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular