HomeUtamaSabah tonjol peranan ASEAN dalam biotek dan bioteknologi

Sabah tonjol peranan ASEAN dalam biotek dan bioteknologi

Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Kejayaan penganjuran Seminar Bioetik ASEAN 2025 disifatkan sebagai hasil kerjasama erat antara universiti, institusi penyelidikan, industri, kerajaan negeri dan rakan serantau dalam memperkukuh ekosistem bioetik serta bioteknologi ASEAN.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Norsham Abdul Latip berkata, seminar dua hari yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu bukan sahaja menyaksikan perbincangan bernas, tetapi juga pertukaran pandangan yang membuka peluang kepada inovasi baharu berasaskan etika dan kelestarian.

“Penyertaan 14 pempamer daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk universiti dan industri membuktikan kesediaan semua pihak untuk berkongsi kepakaran, membina jaringan baharu serta meneroka peluang inovasi dalam ekosistem bioetik dan bioteknologi ASEAN,” katanya.

Beliau berkata ketika menyampaikan ucapan penghargaan pada Majlis Makan Malam Sempena ASEAN Bioethics Seminar 2025 – “Navigating Bioethical Frontiers: Sustainability And Resilient In ASEAN” di SICC di sini pada Selasa.

Jelas Norsham, antara pempamer yang mengambil bahagian termasuk Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS), Pusat Sumber Transplan Sabah, South East Asian Bioethics Network (SEABioN), European Wellness Premier Center, SabahCare Fertility and Specialist Centre, CryoCord Sabah, Inno Therapeutics serta Hospital Pakar KPJ Sabah.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Sr. Safar Untong dalam ucapan aluannya menegaskan bahawa prinsip bioetik perlu diberi penekanan dalam setiap kemajuan sains dan teknologi supaya tidak mengabaikan nilai kemanusiaan, kelestarian dan hak asasi.

“Kerjasama serantau seperti ini amat penting untuk memastikan pembangunan sains dan bioteknologi bergerak secara inklusif dan beretika,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Setiausaha Hasil Bumi Sabah, Datuk Sernam Singh.

Jelas Safar, Sabah yang kaya dengan biodiversiti dan kepelbagaian budaya amat menyedari keperluan membangunkan sains serta inovasi secara bertanggungjawab dan beretika, selaras dengan kerjasama strategik antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan melalui MOSTI.

“Kita percaya bahawa perbincangan dan jaringan kerjasama ini akan mencetuskan inovasi bioteknologi berimpak tinggi yang berpaksikan nilai bioetik, sekali gus membina masa depan lebih mampan untuk rantau ini,” tambahnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular