Kota Kinabalu : Daerah Penampang diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air sungai di paras bahaya ketika ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Noemi Dyena John Tren berkata, pengisytiharan itu dibuat pada jam 7.30 petang tadi
“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Penampang,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Berikutan pengisytiharan itu, tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.
Antaranya Kompleks Sukan Penampang; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojutin; Sekolah Kebangsaan (SK) St Paul Kolopis.
Sementara itu, Sementara itu, Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Ketua Menteri Sabah, Datuk Ceaser Mandela Malakun menyeru seluruh penduduk Penampang agar bertenang, bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.
“Dalam saat genting seperti ini, marilah kita ketepikan segala perbezaan. Yang lebih utama adalah keselamatan keluarga, jiran, dan komuniti kita semua. Kita berdiri sebagai satu keluarga besar Penampang.
“Saya mengajak kita semua untuk terus berdoa agar keadaan kembali pulih segera, dan semoga semua yang terjejas diberikan kekuatan menghadapi ujian ini,” katanya. Chronivo / FOTO PHILIP CHIN