HomeUtamaChe Muna Din terima Notis Tunjuk Sebab hina mahkamah

Che Muna Din terima Notis Tunjuk Sebab hina mahkamah

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Peguam Negara menyerahkan Notis Untuk Tunjuk Sebab kepada Che Muna Din semalam, berhubung satu hantaran di media sosial yang didakwa bersifat menghina mahkamah.

Notis tersebut dikeluarkan mengikut Aturan 52 Kaedah 2B Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, selepas Che Muna yang menggunakan akaun Facebook ‘Mona Din’ memuat naik hantaran berkaitan prosiding Inkues Zara Qairina Mahathir pada 4 September lalu.

Menurut kenyataan jabatan itu, hantaran berkenaan antara lain mempertikai keterangan saksi pakar, Dr Jessie Hiu, Pakar Patologi Forensik Hospital Queen Elizabeth, sekali gus berpotensi mempengaruhi pandangan awam serta mengganggu perjalanan inkues.

“Penghantaran notis ini merupakan sebahagian daripada prosedur bagi memulakan prosiding pengkomitan kerana menghina mahkamah,” menurut kenyataan itu di sini pada Khamis.

Selain itu, jabatan berkenaan turut mendedahkan bahawa beberapa individu lain yang mengeluarkan kenyataan berkaitan kes sama akan berdepan pertuduhan jenayah dalam masa terdekat.

“Jabatan ini memandang serius sebarang tindakan yang boleh menjejaskan proses keadilan dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang,” tamnah kenyataan itu.

Orang ramai turut diingatkan supaya tidak memuat naik, mengulas atau menyebarkan sebarang hantaran yang boleh menimbulkan kekeliruan serta mengganggu prosiding mahkamah yang sedang berjalan. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular