HomeUtamaRibut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa daerah di Sabah petang ini

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa daerah di Sabah petang ini

Read Time:43 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah sehingga jam 6 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan terlibat ialah bahagian Pedalaman meliputi Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort.

Turut dilaporkan mengalami cuaca sama adalah di kawasan Pantai Barat merangkumi Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi tempoh sejam.

“Amaran ribut petir ini adalah bersifat jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” menurut kenyataan itu di sini pada Rabu.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar lebih berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan gangguan lalu lintas akibat hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

15 saintis UMS tersenarai dalam dua peratus Saintis Terbaik Dunia 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular