HomeUtamaPoster tarikh PRN Sabah adalah palsu – SPR

Poster tarikh PRN Sabah adalah palsu – SPR

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan poster yang memaparkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 yang kini tular di media sosial adalah palsu dan tidak benar sama sekali. 

Setiausaha SPR Malaysia Datuk Khairul Shahril Idris berkata, sehingga kini tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh SPR berkenaan pembubaran DUN Sabah mahupun penetapan tarikh-tarikh penting bagi PRU tersebut. 

Katanya, maklumat mengenai pilihan raya termasuk tarikh-tarikh penting seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon dan hari mengundi hanya akan dikeluarkan melalui saluran rasmi SPR iaitu laman portal rasmi SPR, sidang media dan kenyataan media. 

“Penyebaran maklumat palsu seumpama ini merupakan suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.  

“Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu yang didapati menyebar, berkongsi atau menerbitkan maklumat palsu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta undang-undang lain yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Khairul berkata,pihaknya menyeru orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang maklumat yang tidak sahih. 

Katanya, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih hanya daripada saluran rasmi SPR. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular