HomeUtamaInkues Zara: Telefon awam asrama ditutup dua hari, dua malam selepas kejadian

Inkues Zara: Telefon awam asrama ditutup dua hari, dua malam selepas kejadian

Read Time:1 Minute, 53 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner dimaklumkan bahawa telefon awam di asrama tempat Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir ditemui tidak sedarkan diri telah ditutup selama dua hari, dua malam selepas kejadian pada 16 Julai lalu.

Perkara itu didedahkan oleh pengawal keselamatan, Linah Mansoding, 65, ketika pemeriksaan saksi oleh peguam Shahlan Jufri dalam prosiding inkues kematian Zara.

Linah berkata terdapat enam telefon awam di asrama tersebut dan ia ditutup dengan mematikan suis telefon atas arahan Ketua Warden Asrama.

Q: Pelajar di sana macam mana mereka menghubungi ibu bapa?

A: Ada public phone, dan ada juga yang pinjam phone saya.

Q: Public phone ini guna duit syiling?
A: Tidak, pakai kad. Jadi kalau kad dorang tiada relod, terpaksa guna pengawal punya phone.

Q: Dalam tempoh 2 hari selepas 16 Julai, adakah pelajar sekolsh boleh call parents

A: Public phone kena tutup selama dua hari, dua malam.

Q: Public phone kena tutup dua hari dua malam
A: Ya, sebab budak-budak banyak…. takut call ibu bapa dorang.

Q: Berapa public phone di sana
A: Ada enam

Q: Macam mana public phone ini ditutup?
A: Dorang kasi mati suis

Q: Siapa yang tutup suis public phone ni?
A: Ketua warden yang suruh tutup.

Linah akan menyambung keterangannya esok petang selepas lawatan ke tempat kejadian selesai.

Terdahulu, Linah memberitahu mahkamah bahawa seorang pelajar telah memaklumkan kepadanya mengenai insiden pelajar pengsan.

“Aunty, aunty, sini ada budak pengsan. Saya tanya bilik mana, dia cakap bukan bilik, mari, mari. Jadi kami lari-lari lah.

“Apabila sampai, saya nampak dia (Zara) terlentang,” ceritanya kepada mahkamah.

Ditanya mengenai reaksi pelajar yang memanggilnya, Linah berkata pelajar itu “macam takut”.

“Saya tanya mana, dia jawab tu.. tu… Saya tanya siapa, dia cakap ‘saya tidak cam, saya rabun’,” katanya.

Shahlan kemudian bertanya bagaimana beliau dapat mengenali pelajar yang terlentang di longkang tersebut.

“Memang saya tahu. Lepas tengok mukanya terus saya tahu namanya Zara sebab saya memang biasa dengan budak-budak di sana,” jawabnya.

Menurutnya lagi, beliau segera menghubungi Ketua Warden dan Ketua warden telah menghubungi beberapa guru lan dan juga ambulans.

Menjawab soalan daripada pegawai pengendali, Linah mengesahkan beliau mengambil gambar Zara terlentang di tempat kejadian.

Dia juga menyerahkan gambar itu apabila diminta oleh guru melalui WhatsApp.

Linah turut mengesahkan gambar yang diambilnya itu digunakan sebagai ekshibit di Mahkamah.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular