HomeUtama196 mangsa banjir dipindahkan ke PPK Selagon di Beaufort

196 mangsa banjir dipindahkan ke PPK Selagon di Beaufort

Read Time:47 Second

BEAUFORT : Seramai 196 mangsa banjir daripada 62 keluarga kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon selepas kediaman mereka terjejas akibat banjir yang melanda daerah ini sejak semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, jumlah itu melibatkan lapan kampung terjejas dengan angka mangsa direkodkan semakin meningkat.

Sehingga jam 8 pagi tadi, daripada keseluruhan mangsa, seramai 99 orang dewasa termasuk warga emas dan 97 kanak-kanak serta bayi ditempatkan di PPS.

PPS Selagon dibuka pada jam 9 pagi pada Selasa bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir yang berpindah selepas kediaman mereka dinaiki air.

Setakat ini, tiada kematian direkodkan akibat bencana berkenaan.

JPBN dalam kenyataannya berkata, pihak berkuasa termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi berkaitan terus memantau keadaan cuaca serta paras air sungai di kawasan terlibat.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa serta tidak mengambil risiko meredah arus banjir demi keselamatan diri dan keluarga. – Chronivo / FOTO APM

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular