HomeUtama16 sekolah di Beaufort dan Tenom terjejas banjir

16 sekolah di Beaufort dan Tenom terjejas banjir

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 16 buah sekolah di Sabah dilaporkan terjejas akibat banjir sejak beberapa hari lalu, membabitkan daerah Beaufort dan Tenom.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, setakat jam 4.35 petang tadi, 14 sekolah di daerah Beaufort terpaksa ditutup dan tidak dapat beroperasi selepas sekolah digenangi air selain jalan utama tidak boleh dilalui.

“Antara sekolah yang terjejas di Beaufort ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Garama, SK Klias Baru, SK Kabajang, SK Lago, SK Suasa, SK Mempagar, SK Lupak, SK Lajau, SK Gadong, SK Bangkalalak, SK Jabang dan SK Kepawa.

“Turut terkesan ialah dua sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St John dan SMK Gadong,” katanya ketika dihubungi Chronivo di sini pada Rabu.

Sementara itu Raisin berkata, bagi daerah Tenom, dua sekolah turut dilaporkan terjejas.

Antara yang terjejas katanya adalah di SK Kallang Kanar yang masih tidak dapat beroperasi kerana kawasan sekolah digenangi air.

Manakala SK Inubai beroperasi dalam keadaan terdapat air bertakung di kawasan sekolah.

Sementara itu, Raisin berkata, pihak sekolah terlibat diminta memberi keutamaan kepada keselamatan murid dan guru sepanjang tempoh bencana, selain memastikan sesi pembelajaran dapat diganti apabila keadaan kembali pulih.

Banjir di kawasan Pedalaman dan Pantai Barat Sabah sejak hujung minggu lalu bukan sahaja menjejaskan kediaman penduduk, malah turut memberi kesan besar kepada aktiviti pendidikan. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular