HomeUtamaSeminar Fikrah Madani wajar diperluas ke seluruh daerah Sabah – Arifin

Seminar Fikrah Madani wajar diperluas ke seluruh daerah Sabah – Arifin

Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Penganjuran Seminar Fikrah Madani – Pemikiran Siddiq Fadzil disaran agar diperluas ke daerah-daerah di Sabah bagi memberi manfaat lebih luas kepada masyarakat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha memperluaskan seminar itu ke setiap daerah atau bahahian di negeri akan memberi peluang lebih ramai masyarakat menghayati sumbangan besar Siddiq Fadzil dalam bidang ilmu, dakwah, bahasa dan pemikiran Islam.

“Allahyarham Siddiq Fadzil seorang tokoh luar biasa. Beliau seorang pemikir, penulis, budayawan dan penggerak dakwah.

“Pemikirannya tentang siasah syariah, Maqasid Syariah, ilmu pengetahuan, hikmah, perpaduan dan nilai kebersamaan sangat relevan dengan kehidupan bermasyarakat di negara ini.

“Pemikiran beliau tidak boleh terhenti di dewan seminar di bandar sahaja. Kita mesti lebarkan ke enam bahagian Sabah sepetti Pantai Barat, Pedalaman, Kudat, Sandakan, Tawau dan Pantai Timur agar ia menjadi rujukan generasi muda dan panduan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikian Seminar Fikrah Madani -Pemikiran Siddiq FadIl : Membina Jiwa Merdeka di Dewan Saadah Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini pada Selasa bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama berkata, sambutan menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat membuktikan seminar itu mempunyai nilai tambah yang besar dan wajar dikembangkan secara berterusan.

“Semoga seminar ini dapat melahirkan masyarakat berilmu, berfikir dan berpegang kepada asas keintelektualan seperti yang digariskan oleh Siddiq Fadzil,” katanya.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada penganjur termasuk Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta NGO lain yang menjayakan program berkenaan. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Polis siasat kes pembocoran maklumat kanak-kanak di media sosial

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular