HomeUtamaWarna-warni budaya meriahkan perarakan di Taman Ujana Rimba Tropika

Warna-warni budaya meriahkan perarakan di Taman Ujana Rimba Tropika

Read Time:1 Minute, 0 Second

PENAMPANG: Lebih 500 peserta terdiri dari pelbagai kaum dan etnik di negeri ini menyertai perarakan budaya sejauh satu kilometer di Taman Ujana Rimba Tropika, di sini pada Sabtu.

Program itu merupakan antara acara tumpuan dalam Sabah Fest 2025 yang dirasmikan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew baru-baru ini.

Para peserta daripada pelbagai etnik tampil dengan pakaian tradisional masing-masing sekali gus menarik perhatian pengunjung yang hadir di lokasi berkenaan.

Sebelum perarakan dimulakan, larian santai sejauh lapan kilometer turut berlangsung pada waktu pagi. 

Larian terbabit membawa peserta melalui beberapa rumah ibadat ikonik di sekitar Kota Kinabalu termasuk Gereja Sacred Heart Cathedral, Masjid Negeri Sabah, Gurdwara Sahib Temple dan Kuil Peak Nam Toong yang menunjukkan simbol keharmonian dan kepelbagaian masyarakat negeri ini.

Cultural Walk yang diadakan buat pertama kali dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dengan dikoordinasi oleh Sri Pelancongan Sabah (SPS) dengan sokongan penuh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS).

Hadir sama menyertai perarakan itu adalah Timbalan Setiausaha Tetap II KePKAS Datin Cleopatra Asing, Pengarah Tourism Malaysia Sabah Haryanty Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif SPS Thonny Chee, Pengurus Kanan Pemasaran STB Humphrey Ginibun serta Pengurus Digitalisasi dan Publisiti Lembaga Kebudayaan Sabah Mohd Nazrin Shah Nasip.

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular