HomeUtamaRibut petir dan hujan lebat landa beberapa daerah di Sabah

Ribut petir dan hujan lebat landa beberapa daerah di Sabah

Read Time:44 Second

KOTA KINABALU : Beberapa kawasan di Sabah dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran yang dikeluarkan melibatkan kawasan Pedalaman seperti Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan.

Selain itu turut mengalami cuaca sama adalah di Pantai Barat, Sandakan (Tongod dan Telupid) serta Kudat.

MetMalaysia memaklumkan, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam, yang dijangka berlaku lebih daripada sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek, berkuat kuasa untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai terutama di kawasan berisiko dinasihatkan berhati-hati, mengelakkan aktiviti luar serta peka dengan perkembangan cuaca terkini.

MetMalaysia turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya memandu dengan lebih cermat berikutan keadaan jalan yang licin dan penglihatan yang terhad akibat hujan lebat. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular