HomeUtamaBelia pemangkin transformasi pertanian moden

Belia pemangkin transformasi pertanian moden

Read Time:1 Minute, 23 Second

Sook : Golongan belia merupakan asset utama dalam merealisasikan transformasi pertanian negara dan sewajarnya perlu diberi pendedahan awal bahawa sektor ini bukan lagi tradisional semata-mata.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, bidang pertanian kini telah berkembang dengan penggunaan teknologi moden seperti sistem fertigasi, dron pertanian, Internet of Things (IoT) dan aplikasi digital pemasaran.

“Melalui Mini Karnival ini, belia tempatan didedahkan dengan peluang untuk menceburi bidang agropreneur, yang bukan sahaja menjanjikan pendapatan stabil malah mampu membawa inovasi dalam amalan pertanian.

“Usaha ini bertepatan dengan hasrat Kerajaan untuk melahirkan generasi baharu petani moden yang progresif, berdaya saing dan berfikiran keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mini Karnival Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di sini pada Sabtu.

Mini Karnival anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang itu turut menggembleng agensi di bawah KPKM seperti FAMA, MARDI dan Agrobank.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, usaha mendekatkan program seperti ini ke kawasan pedalaman adalah langkah penting untuk memastikan tiada komuniti yang tercicir daripada agenda pembangunan negara.

Katanya, inisiatif itu sejajar dengan dasar Kerajaan Persekutuan dalam memperkukuhkan keterjaminan makanan negara, memperluas peluang ekonomi serta meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.

“Dengan sokongan berterusan daripada agensi di bawah KPKM dan penglibatan aktif komuniti, sektor pertanian di Sabah diyakini mampu menjadi nadi utama pembangunan ekonomi setempat.

“Mini Karnival KPKM ’Pertanian Untuk Semua’ diharap menjadi pencetus kesedaran bahawa pertanian bukan hanya satu pilihan, tetapi sebuah peluang besar untuk membina masa depan yang lebih mapan,” katanya.

Selain itu katanya, program itu juga dapat mewujukan platform penting yang memberi pendedahan kepada para petani, penternak, nelayan dan usahawan tani mengenai peluang pasaran, teknologi moden dan sokongan yang ditawarkan.  – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah cadang beri pendidikan percuma untuk pelajar lanjut ke IPT milik...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular