HomeUtamaMCMC pastikan Telco perkukuh rangkaian hadapi Monsun Timur Laut

MCMC pastikan Telco perkukuh rangkaian hadapi Monsun Timur Laut

Read Time:1 Minute, 3 Second

LAHAD DATU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memastikan syarikat penyedia perkhidmatan komunikasi (telco) memperkukuh kesiapsiagaan rangkaian dalam menghadapi Monsun Timur Laut, khususnya di kawasan berisiko banjir.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, usaha itu termasuk menambah kapasiti rangkaian dan menyediakan bekalan kuasa sokongan seperti genset dan sistem hibrid solar bagi memastikan perkhidmatan komunikasi kekal stabil sepanjang musim banjir.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan dan pengujian kualiti liputan komunikasi bersama MCMC di Kampung Sepagaya dekat sini, hari ini.

Ujian bersama CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech dan YTL menggunakan aplikasi MCMC NEXUS mendapati menara komunikasi di kawasan itu mampu mencapai kelajuan hingga 300Mbps bagi rangkaian 5G dan 80Mbps bagi 4G, sekali gus memanfaatkan kira-kira 3,800 penduduk setempat.

Setakat 31 Julai 2025, liputan Internet di kawasan berpenduduk di Sabah telah mencapai 95.30 peratus, meningkat daripada 73.41 peratus sebelum pelaksanaan projek Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Selain itu, dua Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) berdekatan iaitu NADI Kampung Sepagaya dan NADI Layung Industrial turut disediakan untuk kegunaan komuniti bagi pelbagai perkhidmatan digital selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI meningkatkan ketercapaian digital, memacu pembangunan sosioekonomi serta memperkukuh agenda pendigitalan negara.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Dato’ Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengarah Urusan MCMC, Abdul Karim Fakir Ali.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular