HomePolitikKecoh Laungan “Turun Dan Hidup Tan Sri”, ketika Muhyiddin Berucap

Kecoh Laungan “Turun Dan Hidup Tan Sri”, ketika Muhyiddin Berucap

Read Time:1 Minute, 19 Second

Shah Alam : Suasana Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU ke-8 yang pada mulanya tenang bertukar kecoh apabila sebahagian perwakilan bangkit melaungkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketika Presiden BERSATU itu sedang menyampaikan Ucapan Dasar Presiden di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), beberapa perwakilan menjerit “letak jawatan”, manakala sebahagian lain pula membalas dengan laungan sokongan, “hidup Tan Sri”. Kekecohan itu bagaimanapun berjaya ditenangkan oleh beberapa ahli parti lain.

Dalam ucapannya, Muhyiddin mengingatkan ahli supaya menghormati perlembagaan parti dan menegaskan tindakan mengumpul tandatangan untuk menjatuhkan presiden adalah bercanggah dengan peraturan.

“Kalau presiden boleh dijatuhkan melalui kutipan tandatangan, semua pimpinan di atas pentas ini juga boleh ditumbangkan dengan cara sama – ketua bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri mahupun jawatankuasa bahagian,” katanya.

Katanya ada orang kutip tandatangan untuk jatuhkan presiden. Tak apalah… sabar, sabar.

Ini adalah satu tindakan yang saya ingin tegaskan bercanggah dengan perlembagaan. Ingat, parti kita ini parti yang ada perlembagaan, ada peraturan.

Sebab itu saya minta semua ahli patuhi perlembagaan kita. Kalau kita mahu parti ini terus wujud dan kekal untuk selama-lamanya, kita mesti hormati peraturan.

Pengerusi Tetap kemudiannya meminta para perwakilan bertenang dan memohon perwakilan  duduk di tempat masing-masing. sebelum Muhyiddin meneruskan ucapannya.

Tambah Muhyiddin Berdasarkan sentimen rakyat, Bersatu dan juga Perikatan Nasional kini berada pada kedudukan terbaik untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 dan membentuk Kerajaan ujarnya.

Turut hadir pada perhimpunan itu ialah pimpinan parti sekutu termasuk Presiden Gerakan Datuk Dominic Lau, Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Naib Presiden PAS Idris Ahmad, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular