HomeUtamaJKM ungguli pertandingan sepanduk Maulidur Rasul peringkat negeri Sabah

JKM ungguli pertandingan sepanduk Maulidur Rasul peringkat negeri Sabah

Read Time:2 Minute, 8 Second

SANDAKAN:  Pertandingan Sepanduk (kaligrafi berbingkai) sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1447H/2025M menyaksikan Kontinjen Jabatan Ketua Menteri (JKM) mendominasi kategori kementerian/ jabatan/ swasta.

JKM menewaskan kontinjen INTAN Kampus Sabah dan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah yang masing-masing meraih naib johan dan tempat ketiga manakala, BKI Jabatan Perhutanan dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah mendapat saguhati.

Dalam kategori pertubuhan pula, NGO Ikatan Ukhuwah Prihatin Sabah, Sandakan mengalahkan empat kontinjen lain termasuk Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) sebagai naib johan, Badan Dakwah Daerah Tongod (tempat ketiga) serta Badan Dakwah Daerah Paitan dan Pertubuhan Badan Amal Kg Bonggaya Baru (PBABB), Sandakan penerima saguhati.

Sementara itu, kategori komuniti diungguli Masjid Jamek Pekan Mesapol, Sipitang (johan) diikuti Masjid Al Faj’r Taman Fajar, Sandakan, Kg. Sungai Manila, Masjid Daerah Sandakan dan Masjid Imam Haji Awang Hashim Pekan Sipitang.

Bagi kategori sekolah menengah dan rendah, Pondok Fii Dzilalil Quran Kg. Tamau, Kota Belud memenangi johan sekali gus meletakkan Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz Darul Hasanah sebagai naib johan, Sekolah Menengah Agama Nuruddin Sandakan di tempat ketiga dan Sekolah Pondok Miftaahussalaam Sungai Kayu menerima saguhati.

Kesemua pemenang menerima hadiah daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang diiringi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Kadzim M. Yahya serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Perarakan dan Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1447H/2025M di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam.

Pada majlis itu, Hajiji menyampaikan hadiah kepada kontinjen terbaik bagi setiap kategori iaitu Pejabat Daerah Tenom (kategori kementerian), Badan Dakwah Daerah Paitan (kategori pertubuhan), Masjid Imam Haji Awang Hashim Pekan Sipitang (kategori komuniti), SMK Merpati Sandakan (kategori sekolah menengah dan sekolah rendah) serta Kontinjen Teramai yang disandang oleh kontinjen Pusat Pembangunan Kemanusiaan Kanak-kanak Kg. Bahagia dalam kategori komuniti.

Sebanyak 118 kontinjen melibatkan kira-kira 15,000 umat Islam berarak dari Padang menuju ke Dewan Masyarakat Sandakan dan mula bersiap sedia di Padang Perbandaran Sandakan seawal jam 5.30 pagi.

Mengetuai perarakan sejauh 1.6km km itu ialah Kadzim bersama-sama Mohd Arifin dan Nizam ialah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Jumain Abdul Ghani, Pengarah JAKIM Sabah  Datuk Norjeli Dais, Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin dan Timbalannya, Datuk Malai Ali Malai Ahmad.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular