HomeUtamaLima maut, lori treler dan MPV bertembung di Jalan Sulaman Gayang

Lima maut, lori treler dan MPV bertembung di Jalan Sulaman Gayang

Read Time:1 Minute, 4 Second

TUARAN: Lima penuntut Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori treler di Jalan Sulaman Gayang, berhampiran Pusat Latihan Rela Tuaran, petang tadi.

Pasukan bomba berusaha mengeluarkan lima mangsa yang terperangkap dalam kenderaan terbabit kemalangan itu. – Foto ihsan JBPM Sabah

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, kesemua mangsa lelaki berusia sekitar 20 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan MERS999 pada jam 2.09 petang.

“Setibanya di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori treler dengan Toyota Wish yang terbabas di bahu jalan.

“Lima mangsa merupakan penuntut IKM Kota Kinabalu terperangkap di dalam MPV berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas, namun kesemua mereka disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya ketika dihubungi Chronivo di sini hari ini.

Beliau berkata, pemandu lori treler, seorang lelaki dewasa, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi dikawal pada jam 3.15 petang dan ditamatkan sepenuhnya lima minit kemudian selepas keadaan disahkan selamat.

Insiden itu turut melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM untuk tindakan lanjut.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular