Read Time:27 Second
Oleh Chronivo TEAM
Kota Kinabalu : Sebuah patung bersaiz manusia mencuri tumpuan pengamal media yang hadir di Mahkamah Koroner di sini bagi membantu menjelaskan kecederaan yang dialami Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dalam prosiding siasatan kematiannya yang sedang berlangsung.
Patung itu dibawa pasukan peguam bela salah satu remaja tertuduh, Datuk Ram Singh bersama rakan guamannya.
Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu hari ini menyambung keterangannya di Mahkamah Koroner.
Turut kelihatan hadir ke Mahkamah Koroner pagi tadi pasukan peguam ibu Zara yang diketuai Shahlan Jufri. – Chronivo