Read Time:20 Second
Kota Kinabalu: Setiausaha Persekutuan Sabah yang baru, Datuk Mohd Razali Wahab mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, di sini pada Rabu.
Razali sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Perancangan dan Persediaan (Dasar) di Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), menggantikan Dato Seri Rosli Isa yang bersara pada 26 Ogos lalu
Lantikan Razali berkuatkuasa 2 September 2025. – Chronivo