HomeUtamaTVET sumbang tenaga mahir, pacu ekonomi negeri – Tun Musa

TVET sumbang tenaga mahir, pacu ekonomi negeri – Tun Musa

Read Time:1 Minute, 54 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) menunjukkan prestasi yang sangat baik, dengan kadar melebihi 95 peratus. 

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman berkata, selain menyediakan peluang pekerjaan dengan gaji yang menarik, bidang TVET turut membuka ruang kepada para graduan untuk bekerja sendiri.

Katanya, bidang TVET turut mencipta peluang pekerjaan baharu dengan kemahiran yang diperolehi.

“Ini membuktikan bahawa TVET bukan sahaja menyediakan kemahiran praktikal yang diperlukan oleh industri, tetapi juga melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan diperlukan oleh majikan untuk membangunkan teknologi baharu bagi merancakkan ekonomi.

“Sabah kini mempunyai lebih daripada 160 institusi TVET termasuk institusi awam persekutuan, swasta dan pusat latihan berkonsepkan Akademi Dalam Industri (ADI). 

“Sebagai salah sebuah institusi TVET utama di Sabah, saya percaya Politeknik mempunyai hubungan kolaborasi strategik yang erat bersama rakan industri dan agensi kerajaan yang lain, untuk memastikan sasaran bidang, pembangunan kurikulum, latihan industri dan penyelidikan adalah sesuai dengan kehendak semasa industri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Istiadat Konvokesyen Politeknik Kota Kinabalu (PKK) di sini pada Rabu.

Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam.

Tun Musa berkata, PKK turut memastikan setiap graduannya memenuhi piawaian ‘industry-ready’ serta menjadi pemacu inovasi dan digital lisasi yang diperlukan bagi menyokong pembangunan strategik negeri.

Katanya,  dengan jumlah graduan yang kian meningkat setiap tahun, PKK menjadi penyumbang utama tenaga mahir negeri.

“Kepada para graduan, gunakanlah ilmu dan kemahiran yang telah diperolehi untuk terus menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.

“Jadilah modal insan yang unggul dan berintegriti, cekap dalam tindakan, berdaya saing dalam cabaran serta sentiasa menjiwai semangat cintakan tanah air,” katanya.

Terdahulu, Tun Musa berkata, PKK telah melahirkan ramai graduan yang mengisi ruang pekerjaan kritikal di negeri Sabah khususnya sektor pekerjaan berkaitan TVET

sejak penubuhannya 29 tahun lalu.

“Saya percaya Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti sentiasa komited memastikan penyampaian pendidikan TVET di negeri Sabah lebih holistik selaras dengan usaha murni kerajaan negeri, yang telah menubuhkan Majlis TVET Sabah pada 19 Mei 2025.

“Tujuan penubuhan majlis ini adalah untuk memperkukuh ekosistem latihan teknikal, menyelaras institusi TVET di Sabah dan memastikan graduan yang:dilahirkan bersedia untuk memasuki dunia pekerjaan,”‘ katanya. – Chronivo / FOTO JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular