HomeUtamaOrang ramai dipelawa hadir meriahkan Hari Malaysia 2025 16 September ini

Orang ramai dipelawa hadir meriahkan Hari Malaysia 2025 16 September ini

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu: Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2025 di Padang Merdeka pada 16 September ini dijangka meriah dengan pelbagai acara menarik termasuk pertunjukan bunga api sebagai acara kemuncak.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Christina Liew berkata, sambutan tahun ini lebih istimewa dengan pelbagai acara menarik telah dirancang.

Katanya, sambutan itu dijangka dapat menarik kehadiran kira-kira 20,000 pengunjung termasuk masyarakat setempat dan pelancong.

“Setiap tahun Sambutan Hari Malaysia amat istimewa kerana memperingati pembentukan Malaysia, sama ada di Semenanjung, Sarawak ataupun di Sabah, kita semua meraikannya bersama.

“Kita menanti-nantikan program yang penuh warna-warni dengan pelbagai aktiviti dan persembahan menarik, manakala pertunjukan bunga api akan menjadi kemuncak sambutan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Selasa.

 Christina berkata, kunjungan berkenaan bertujuan untuk menjemput Tun Musa bagi merasmikan sambutan Hari Malaysia.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan itu turut mempelawa orang ramai untuk hadir bersama-sama memeriahkan acara itu.

“Bagi mengetahui sendiri aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan, orang ramai dijemput hadir ke Padang Merdeka pada 16 September.

“Harapan saya agar negeri Sabah terus harmoni dan aman dengan masyarakat yang berbilang kaum” katanya.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Josie Lai.-

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular