HomeUtamaCalon PRN perlu utamakan rakyat, bukan politik – Loh Su Fui

Calon PRN perlu utamakan rakyat, bukan politik – Loh Su Fui

Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Tawau: Ahli Parlimen Tawau, Datuk Loh Su Fui menegaskan bahawa calon yang akan diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 perlu meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, bukannya sekadar mengejar agenda politik.

Beliau berkata, soal pengagihan kerusi dan pemilihan calon Parti Bersatu Sabah (PBS) di kawasan Tawau serta Kalabakan akan diserahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan tertinggi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), namun prinsip utama tetap sama iaitu calon mesti benar-benar mampu berkhidmat kepada rakyat.

“Kalau kita letakkan rakyat sebagai sasaran utama, ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan kita ke arah yang positif. Tetapi kalau politik diletakkan di hadapan, bermakna parti pula yang menguasai keputusan kita.

“Inilah yang selalu diingatkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor iaitu jangan lihat hospital, sekolah atau balai polis itu sebagai projek negeri atau Persekutuan, tetapi lihat ia sebagai keperluan rakyat Sabah keseluruhannya. Kita mesti buat yang terbaik untuk mereka,” katanya ketika ditemui selepas lawatan rasmi ke Klinik Kesihatan Tawau, di sini pada Rabu.

Mengulas mengenai kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dalam tempoh terdekat, Loh berkata, rakyat perlu yakin bahawa keputusan berhubung tarikh pilihan raya akan dibuat pada masa yang tepat oleh Ketua Menteri.

“Setakat ini belum ada tarikh rasmi, tetapi saya percaya Datuk Seri Hajiji akan buat keputusan terbaik demi rakyat,” ujarnya.

Sementara itu, GRS kekal dengan pendirian mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan kestabilan politik negeri. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular