HomeUtamaBung Moktar akun tandatangan surat FELCRA ditujukan kepada Menteri Kewangan II

Bung Moktar akun tandatangan surat FELCRA ditujukan kepada Menteri Kewangan II

Read Time:1 Minute, 57 Second

Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin mengakui bahawa beliau adalah orang bertanggungjawab untuk menandatangani apa-apa surat daripada FELCRA Berhad jika surat tersebut ditujukan kepada Menteri Kewangan II. 

Bung memberitahu mahkamah, adalah menjadi kelaziman kepada beliau untuk menandatangani surat berkenaan berikutan kedudukannya sebagai pengerusi bukan eksekutif FELCRA. 

“Saya percaya kelaziman itu berlaku kerana jawatan Pengerusi adalah jawatan tertinggi FELCRA Berhad manakala Menteri Kewangan II adalah adalah Menteri yang bertanggungjawab ke atas MKD.

“Tambahan lantikan saya ke jawatan pengerusi FELLCRA Berhad adalah jawatan politik dan Menteri Kewangan II juga adalah lantikan politik.

“Saya juga percaya kelaziman ini juga dipraktikan di mana mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC),” katanya dalam keterangan saksi di sini. 

Beliau berkata demikin ketika prosiding di hadapan Hakim, Rosli Ahmad. 

Bung diwakili, Peguam, Ridha Abdah Subri dan M Athimulan manakala pihak pendakwaan diwakili, Timbalan Pendakwaraya, Raya Law Chin How. 

Bung selain itu turut mengakui bahawa beliau mengenali Nor Halili Ahmad Mokhtar (Halili) dan Madhi Abd Hamid (Madhi) dan kali pertama menemui mereka di Kuala Lumpur pada penghujung tahun 2013. 

Bung memberitahu mahkamah bahawa ketika beliau berada di Hotel Intercontinental di Kuala Lumpur beliau dihubungi isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad untuk berjumpa tanpa dimaklumkan tujuannya. 

“Memandangkan isteri saya meminta untuk berjumpa sebentar, saya meminta beliau datang ke lobi hotel sahaja.

“Apabila isteri memaklumkan sudah berada di lobi hotel, saya telah bertindak meninggalkan sebentar perbincangan yang saya hadiri pada masa itu dan pergi ke lobi hotel.

“Tiba di lobi hotel saya lihat isteri saya duduk bersama Nik Juliana iaitu kawan beliau dan beberapa orang lagi yang tidak saya kenali, Isteri saya memperkenalkan mereka sebagai Norhalili dan Norhalili memperkenalkan rakannya sebagai Madhi,” katanya. 

Bung dan isterinya, sebelum ini gagal dalam usaha terakhir untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan mereka membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali  pada ketika itu sebulat suara menolak permohonan pasangan itu bagi mendapatkan kebenaran semakan terhadap keputusan terdahulu.

Hakim Che Mohd Ruzima yang bersidang bersama Hakim Datuk Azizul Azmi Adnan dan Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkata Bung Moktar dan Zizie Izette gagal membuktikan terdapat keadaan luar biasa atau ketidakadilan yang jelas, yang boleh membenarkan semakan terhadap keputusan terdahulu.

RELATED ARTICLES
Utama

Lapan pembahas suarakan aspirasi di Konvensyen Mahasiswa Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular