HomeUtama15,000 umat Islam dijangka sertai perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri di Sandakan

15,000 umat Islam dijangka sertai perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri di Sandakan

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu:  Seramai lebih 15,000 umat Islam dijangka akan menyertai  perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan di daerah Sandakan Jumaat ini. 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, perarakan yang melibatkan hampir 100 kontinjen daripada pelbagai organisasi, sekolah dan pertubuhan itu akan  bermula dari Padang Bandaran Sandakan berarak ke Dewan Masyarakat Sandakan.

”Sambutan tahun ini dijangka lebih meriah dengan pengisian pelbagai acara termasuk pelancaran rasmi, amanat daripada Ketua Menteri Sabah, penyampaian Anugerah Tokoh Maulidur Rasul SAW serta ceramah khas oleh tokoh ulama jemputan dari Indonesia.

”Program sambutan dimulakan lebih awal pada 4 September dengan Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat di Masjid Daerah Sandakan yang akan disertai oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin.

“Pada 5 September, selain perarakan turut diadakan pelancaran sambutan, amanat daripada Ketua Menteri Sabah, penyampaian Anugerah Tokoh Maulidur Rasul SAW serta ceramah khas daripada tokoh ulama jemputan dari Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri di Istana Seri Kinabalu, pada Selasa.

Kunjungan tersebut bertujuan menjemput Tun Musa selain memaklumkan perkembangan persiapan akhir Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1447H/2025 M.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Datuk Jumain Abdul Ghani dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Walter Kenson.

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular