HomeUtamaTiga tokoh kemerdekaan Sabah diberi penghargaan sempena Hari Sabah 2025

Tiga tokoh kemerdekaan Sabah diberi penghargaan sempena Hari Sabah 2025

Read Time:1 Minute, 3 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Tiga tokoh besar yang banyak berjasa dalam perjuangan kemerdekaan negeri ini diberikan penghargaan Tokoh Pejuang Kemerdekaan Sabah sempena sambutan Hari Sabah 2025.

Antara tokoh yang menerima adalah Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun; Allahyarham Tun Datu Mohd Fuad Stephens dan mendiang Datuk G.S. Sundang.

Anugerah kepada Tun Fuad diterima anak saudaranya Donald Stephens

Anugerah itu disampaikan Yang di-Pertua Negeri Sabah sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan mereka membebaskan negeri ini daripada belenggu penjajahan serta membuka jalan kepada kemajuan tanah air.

Allahyarham Tun Datu Mustapha merupakan mantan Ketua Menteri Sabah yang ketiga dan dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan Sabah kerana ketegasan serta perjuangannya membawa Sabah ke arah kebebasan dan pembangunan.

Anugerah tokoh kepada mendiang GSPenerimaan Sophia Chan iaitu cucu kepada anak bongsu

Sementara itu, Allahyarham Tun Datu Mohd Fuad Stephens pula merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam rundingan dan perjalanan awal pembentukan Malaysia.

Manakala Mendiang Datuk G.S. Sundang adalah seorang pejuang gigih yang dikenang atas sumbangan besar beliau dalam memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat Sabah.

Majlis penuh bermakna itu bukan sahaja memperingati jasa para tokoh pejuang, malah turut menzahirkan penghargaan generasi kini terhadap pengorbanan mereka yang menjadi asas kepada kemerdekaan, perpaduan dan kemajuan negeri Sabah. – Chronivo / FOTO JAPEN

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular