HomeUtamaElak sebar fitnah, gunakan media sosial untuk kebaikan dan perpaduan - Arifin

Elak sebar fitnah, gunakan media sosial untuk kebaikan dan perpaduan – Arifin

Read Time:1 Minute, 36 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Membakut : Masyarakat diseru untuk menggunakan media sosial sebagai wadah terbaik bagi menyampaikan mesej kebaikan, pembangunan dan perpaduan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, platform itu tidak seharuanya dijadikan sebagai platform untuk menyebarkan perkara tidak sahih atau fitnah.

“Alhamdulillah kita telah mendapat bimbingan daripada pakar-pakar yang telah kita jemput termasuklah boleh membimbing anak-anak pelajar atau membimbing para pelatih, peserta dalam cara untuk penyuntingan dan membuat konten kandungan yang sesuai untuk masyarakat.

“Apa yang saya tekankan di sini adalah kita mahu sebarkan perkara kebaikan yang ada manfaat untuk masyarakat.

“Ini termasuklah kemajuan atau pembangunan yang telah kita capai dan usaha untuk memperluaskan perpaduan di kalangan masyarakat dan di kalangan ahli-ahli organisasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan bengkel pemantapan media Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut di sini pada Isnin.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama berkata, menerusi bengkel itu, ianya juga dapat mengelak dari perkara-perkara yang boleh menjejaskan hubungan persaudaraan dan perpaduan.

Katanya, ini termasuklah perkara yang tidak sahih, fitnah, tohmahan dan sebagainya.

“Ini saya minta kepada peserta elakkan dan perbetulkan atau sekiranya ada perkara-perkara yang kita tahu yang tidak benar maka kita perbetulkan.

“Perbetulkan melalui akaun media sosial masing-masing,” katanya.

Bengkel itu turut disertai seramai 30 peserta bagi siri pertama dan dijangka akan diperluas bagi siri kedua.

Sementara itu, Arifin berkata, platform media sosial juga boleh dijadikan wadah untuk menjana ekonomi masyarakat setempat. 

“Kita di kementerian ada e-Desa, ini ada beberapa tempat atau ada juga NADI di bawah kementerian persektuan dan ini boleh kita manfaatkan untuk menjadi tempat untuk kita menjana ekonomi kita melalui e-ekonomi. 

“Melalui media sosial dan sekarang dengan adanya kemudahan ini,  dengan adanya kursus seumpama ini ianya boleh membantu masyarakat untuk menjana ekonomi mereka di samping untuk mengembangkan ilmu, mengembangkan maklumat-maklumat yang baik di kalangan masyarakat untuk kebaikan bersama,” katanya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular