HomeUtamaPelaksanaan SMJ bukti keupayaan negeri bangkit, perkukuh pembangunan 

Pelaksanaan SMJ bukti keupayaan negeri bangkit, perkukuh pembangunan 

Read Time:1 Minute, 51 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu: Pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sepanjang hampir lima tahun lalu menjadi bukti keupayaan kerajaan negeri memulihkan ekonomi, memperkukuh pembangunan serta menjaga kesejahteraan rakyat biarpun berdepan pelbagai cabaran. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, mandat rakyat sejak September 2020 dimanfaatkan sepenuhnya dengan pelaksanaan agenda pembangunan menyeluruh, sekali gus menepis tanggapan bahawa SMJ sekadar slogan tanpa tindakan. 

“Segala janji dan perancangan menerusi agenda SMJ telah banyak kita laksanakan. Walaupun berdepan kata-kata sindiran dan tohmahan, kepimpinan kerajaan ini tetap teguh melaksanakan amanah yang diberikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Sabah 2025 di Padang Merdeka, di sini pada Ahad.

Majlis disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun  Musa Aman dan turut dihadiri isterinya  Toh Puan Faridah  Tussin.

Hajiji berkata, ketika mengambil alih pentadbiran pada September 2020, negeri berdepan krisis ekonomi paling buruk dalam sejarah.

Namun katanya, perancangan teliti melalui dasar SMJ 1.0 berjaya memulihkan keadaan dan melonjakkan prestasi ekonomi ke tahap membanggakan. 

“Sabah kini muncul sebagai negeri yang pesat membangun dengan sektor ekonomi semakin berkembang. 

“Dari sebuah negeri yang bergantung kepada hasil bumi sematamata, kita kini mengembangkan pelancongan, perladangan, perhutanan dan petroleum sebagai penyumbang utama ekonomi,” katanya. 

Sementara itu, Hajiji berkata, kejayaan itu adalah hasil usaha kerajaan bersama rakyat dan sokongan sektor swasta yang tidak pernah berputus asa walaupun berdepan cabaran global. 

Katanya,  dasar SMJ adalah pelan strategik jangka panjang yang merangkumi pembangunan sumber manusia, pengurusan hasil bumi lebih berkesan dan kecekapan pentadbiran. 

“Inilah bukti bahawa SMJ bukan sekadar dokumen. Ia adalah pelan menyeluruh yang memberi tumpuan bukan sahaja kepada pertumbuhan ekonomi, tetapi juga pembangunan infrastruktur asas, pembasmian kemiskinan tegar dan peningkatan taraf hidup rakyat seluruhnya,” katanya. 

Beliau berkata, sepanjang lima tahun kepimpinannya, pelbagai pencapaian signifikan dicapai termasuk peningkatan pelaburan masuk dan hasil negeri secara ketara, selain pengukuhan struktur pentadbiran kerajaan. 

Hajiji turut menegaskan bahawa kerajaan negeri memberi penekanan besar kepada pembangunan modal insan, terutamanya dalam sektor pendidikan dan belia. 

“Lebih RM1.3 bilion telah dibelanjakan dari 2021 hingga 2024 untuk pendidikan dan pembangunan belia. Pelaburan ini adalah untuk memastikan generasi muda Sabah dilengkapi ilmu, kemahiran dan daya saing bagi menghadapi cabaran masa depan,” katanya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular