HomePolitikPBS tekad perkukuh kerjasama parti lokal dalam GRS – Dr. Joachim

PBS tekad perkukuh kerjasama parti lokal dalam GRS – Dr. Joachim

Read Time:2 Minute, 13 Second

RANAU: Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menegaskan bahawa parti itu akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan parti-parti tempatan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) demi menuntut hak-hak negeri ini.

Beliau berkata, langkah itu selari dengan model politik di Sarawak di mana parti-parti lokal berjaya bersatu di bawah satu gabungan kukuh, iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Kita selalu dengar netizen kata Sabah perlu mencontohi Sarawak. Tetapi mereka juga sebenarnya terdiri daripada Gabungan Parti Sarawak. Inilah yang cuba dilakukan di Sabah. Kita bergabung dengan parti lokal untuk menuntut hak-hak Sabah meskipun ada parti yang tidak menyumbang kerusi,” katanya.

Dr. Joachim berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan tiga bahagian PBS iaitu Kundasang (N.36), Karanaan (N.37) dan Paginatan (N.38) di Dewan Tokong Cina Ranau, di sini, kelmarin (30 Ogos).

Beliau menegaskan, dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini PBS amat berterima kasih kerana dapat bekerjasama dengan parti-parti lain yang berkongsi objektif, matlamat dan tujuan dalam memperjuangkan keadilan serta kepentingan wilayah Sabah.

Mengulas persepsi bahawa PBS mahu bergerak sendirian, Dr. Joachim menegaskan parti itu kini memilih untuk bekerjasama secara erat dalam GRS demi mengelakkan perpecahan politik.

“Ya, PBS dahulu pernah memerintah secara solo. Namun keadaan sekarang amat berbeza. PBS akan bekerjasama dengan semua parti lokal dalam GRS. Lebih baik kita bersatu daripada berpecah. Perpecahan hanya merugikan dan memberi manfaat kepada lawan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan penghargaan dan tahniah kepada jawatankuasa penganjur bersama serta ketiga-tiga bahagian terbabit yang akan menghantar perwakilan ke kongres PBS akan datang.

Menurutnya, GRS berpotensi menjadi gabungan dominan di Sabah dan sekiranya diberi mandat sekali lagi, ia mampu meningkatkan hasil negeri serta memperkukuh pembangunan demi kesejahteraan rakyat.

Dr. Joachim turut mengalu-alukan rakan daripada parti dalam GRS yang hadir sebagai pemerhati antaranya Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga Ketua Parti Solidariti Tanah Airku (Starsabah) Dun Paginatan, Datuk Abidin Madingkir; Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Paginatan Datuk Amisah Yassin dan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kundasang Johari @Joe Suhaimin.

Turut hadir Timbalan-timbalan Presiden, Datuk Seri Jahid Jahim yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar; Datuk Dr. Yee Moh Chai; Setiausaha Agung yang juga Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Julita Majungki; Naib-Naib Presiden PBS, Datuk Hendrus Anding; Datuk Dr. Christoper Mandut merangkap Ketua Pemuda PBS, Datuk Johnny Mositun; Datuk Arthur Sen merangkap Ketua Bahagian PBS Paginatan; Datuk Bernard Dalinting merangkap Ketua Bahagian PBS Karanaan; Ketua Pergerakan Wanita yang diwakili oleh Timbalan Ketua Wanita, Rosnah Ullap; Bendahari Agung Datuk Lu Kim Yen; semua Ahli Majlis Tertinggi (AMT), Pengerusi pelaksana majlis secara bersama , Austin Thomas (PBS Paginatan), Yubidi Gompoyo (PBS Kundasang) dan Marinus Danin (PBS Karanaan) Exco Wanita dan Exco Pemuda serta Ketua-ketua Bahagian.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular