HomePolitikGRS kekal fokus bela rakyat – Liew Yun Fah

GRS kekal fokus bela rakyat – Liew Yun Fah

Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Tan Sri Liew Yun Fah, mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan dakyah politik yang disifatkannya sebagai cubaan pihak pembangkang untuk meraih sokongan tanpa menyumbang kepada pembangunan negeri.

Katanya, sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2025, rakyat wajar memperkukuh semangat patriotisme serta perpaduan, selain menolak sekeras-kerasnya anasir politik yang memecah-belahkan masyarakat.

“Rakyat Sabah perlu kekal bersatu di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana inilah gabungan yang benar-benar bekerja untuk rakyat. Kita tidak boleh benarkan politik kebencian dan tipu daya menjadi racun dalam masyarakat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut beliau, GRS bukan sahaja membawa kestabilan politik, malah memberi tumpuan terhadap isu-isu akar umbi termasuk masalah tanah, kemudahan asas, pembangunan luar bandar serta hak-hak rakyat Sabah.

Sebagai contohnya, katanya, beberapa kampung di DUN Kukusan dan Merotai berjaya diwartakan sebelum pembubaran DUN dan ini bukti jelas GRS bukan hanya pandai berjanji, tetapi mampu melaksana.

Mengulas lanjut, Yun Fah menekankan bahawa perpaduan adalah kekuatan utama Sabah, dan kestabilan politik merupakan prasyarat penting untuk menarik pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan serta menjana pembangunan inklusif.

“Kemajuan tidak akan tercapai jika kita terus dipecah belah. Pembangkang hanya datang dengan janji manis dan retorik, sedangkan GRS telah membuktikan keupayaan dalam menyelesaikan isu rakyat secara konsisten,” ujarnya.

Beliau dalam pada itu menyeru rakyat, khususnya golongan belia, agar tidak mudah terpengaruh dengan hasutan melalui media sosial yang dipenuhi maklumat palsu dan manipulasi sentimen.

“Sabah milik kita bersama. Jangan gadaikan masa depan hanya kerana percaya kepada pembohongan politik yang berselindung di sebalik topeng perubahan, tetapi hakikatnya menjurus kepada perpecahan,” katanya lagi.

Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Sabah, Liew menegaskan inilah masa untuk rakyat Sabah bersatu, bangkit dan membawa negeri ke arah kemajuan bersama GRS.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular