HomeUtama50,000 pengunjung hadir meriahkan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025

50,000 pengunjung hadir meriahkan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025

Read Time:1 Minute, 59 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Lebih 50,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 yang berlangsung di Dataran Bandaraya di sini seawal jam 6.30 pagi.

Sambutan yang dihadiri dari pelbagai lapisan bangsa dan agama itu turut menyaksikan lebih 169 kontinjen menyertai perarakan perbarisan termasuk aset dan kenderaan daripada pelbagai agensi di lokasi acara sambutan seawal jam 6 pagi.

Tun Musa ketika memeriksa Kawalan Kehormatan Utama – Foto Erdie Ab Wahid

Acara hari ini bermula dengan ketibaan pembesar negeri termasuk Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag; Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun dan beberapa ahli jemaah Kabinet Sabah.

Sambutan secara rasmi bermula dengan ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tussin dengan menaik kenderaan rasmi sekitar jam 7.30 pagi.

Masidi (kanan) menyambut ketibaan Hajijoi pada sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 pagi tadi – Foto Erdie Ab Wahid

Ketibaan Tun Musa disambut Hajiji dan Masidi yang juga Pengerusi Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah peringkat negeri yang juga Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, sebelum acara dimulakan dengan pemeriksaan kawalan keselamatan.

Antara pengunjung yang hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 di Dataran Bandaraya – Foto Erdie Ab Wahid

Tun Musa memeriksa kawalan kehormatan utama yang membabitkan 103 anggota dari Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Luqman Hakim Sahar.

Sejurus selepas itu, upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang dan bendera Sabah dan diikuti bacaan bacaan ikrar yang dilaksanakan oleh wakil-wakil anggota beruniform yang diketuai Superitendan Heryan Mohd Tahir

Pasukan pancaragam Kawalan Kehormatan Utama masuk ke Dataran Bandaraya – Foto Alexter Rosalia

Selepas itu, turut diadakan adalah persembahan koir daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sebelum perarakan dimulakan

Perarakan dimulakan dengan perarakan Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sabah yang dianggotai oleh Tentera Darat Malaysia dan TLDM.

Antara kontinjen yang menyertai perarakan Hari Kebangsaan Hari Sabah – Foto Erdie Ab Wahid

Selepas itu, ianya diikuti perarakan daripada pasukan keselamatan, badan beruniform, kementerian negeri, sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Turut menyertai perbarisan ialah kontinjen mewakili persatuan kebudayaan etnik, badan bukan kerajaan. (NGO) dan sektor swasta.

Antara kontinjen yang menyertai perarakan Hari Kebangsaan Hari Sabah – Foto Erdie Ab Wahid

Selesai perarakan, persembahan kawad senyap dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan persembahan khas Lembaga Kebudyaaan Negeri Sabah (LKNS) turut diadakan– Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular