HomeSukanLiga Super : Sabah FC tidak boleh puas hati dengan keputusan seri...

Liga Super : Sabah FC tidak boleh puas hati dengan keputusan seri – Jean Paul

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu: Ketua Jurulatih Sabah FC, Jean Paul De Marigny menegaskan pasukannya tidak boleh berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 menentang Melaka FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, di sini malam tadi.

Beliau berkata, meskipun memperoleh satu mata pada aksi perlawanan itu, namun ia bukan sasaran yang diharapkan.

Katanya, misi utama Sang Badak adalah untuk mengutip tiga mata, namun pemainnya belum mencapai sinergi yang diharapkan bagi membolehkan mereka menepati sasaran itu.

“Saya rasa sinergi pasukan akan semakin baik dari minggu ke minggu, tapi adakah kita puas hati dengan hanya satu mata? Tidak. 

“Kita perlu memastikan bahawa tujuan kita adalah untuk mendapatkan tiga mata dan tujuan utama adalah untuk bermain dengan gaya permainan baik, berani dan berorganisasi.

“Saya rasa ada banyak kemajuan dalam hal itu dan setelah kita mendapatkan sinergi itu dengan semua pemain, saya rasa kita akan menjadi pasukan yang lebih baik,” katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

De Marigny berkata, anak buahnya boleh bermain dengan lebih agresif, terutama sepanjang 20 minit awal permainan yang menyaksikan Melaka dapat mengawal perlawanan.

“Saya fikir kita sedikit pasif, yang bermaksud mereka (Melaka) dapat kebanyakan bola yang kita terlepas. Itulah sebabnya mereka dapat mengawal permainan.

“Tapi selepas 20 minit, apabila kita memahami struktur pertahanan, terutamanya di bahagian depan, saya fikir kita dapat mengawal mereka di satu sisi dan menang kebanyakan bola.

“Kemudian kita mula berani dan menguasai permainan. Itulah bagaimana saya melihat separuh masa pertama dan saya fikir kita bermula dengan kuat pada separuh kedua,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, Sabah mampu tampil lebih konsisten dan agresif dalam perlawanan akan datang, termasuk menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 21 September ini. – Chronivo / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah sasar pertahan kejuaraan SOPMA, rangkul kejayaan di Sukan Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular