HomeUtama15 September diumum sebagai cuti umum tambahan di Sabah

15 September diumum sebagai cuti umum tambahan di Sabah

Read Time:48 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah mengisytiharkan 15 September 2025 sebagai hari kelepasan am tambahan sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini.

Menurut Warta Kerajaan bertarikh 18 Ogos, pengisytiharan itu dibuat atas perintah Yang di-Pertua Negeri Sabah di bawah Seksyen 9, Ordinan Hari Kelepasan (Bab 56), sekali gus menjadikan tarikh tersebut sebagai cuti umum di seluruh negeri.

Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan cuti umum tambahan ini turut terpakai kepada pekerja sektor swasta berdasarkan peruntukan Seksyen 103(1)(b), Ordinan Buruh Sabah (Sabah Bab 67).

“Majikan boleh memberikan cuti pada tarikh 15 September atau menggantikannya dengan hari lain sebagai cuti umum bergaji.

“Bagaimanapun, perbincangan dengan pekerja perlu dibuat terlebih dahulu,” menurut kenyataan itu.

Sekiranya tiada penggantian, pekerja yang bertugas pada tarikh tersebut layak menerima kadar gaji cuti umum sebagaimana termaktub dalam undang-undang buruh.

JTK Sabah menggesa semua majikan mematuhi ketetapan berhubung pemberian cuti umum tambahan ini sebagai menghargai sumbangan para pekerja di negeri ini. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular