HomeUtamaPenjawat awam bebas tuduhan rasuah

Penjawat awam bebas tuduhan rasuah

Read Time:59 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam dibebaskan daripada tuduhan rasuah membabitkan wang tunai RM22,500 oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini.

Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga membebaskan dan melepaskan Shahrum Radzlee Mohd Samlih tanpa dipanggil membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Dalam penghakimannya kelmarin, Jason antara lain berkata selepas meneliti dan menilai secara maksimum semua keterangan dan bukti yang dikemukakan, mahkamah mendapati tidak selamat untuk mengandaikan bahawa tertuduh bersetuju menerima suapan seperti yang didakwa.

“Tertuduh dengan ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri,” katanya.

Shahrum didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mengikut pertuduhan, Shahrum yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Negeri Sabah, didakwa menerima wang tunai RM22,500 daripada seorang individu sebagai ganjaran untuk menandatangani surat pengesahan pengezonan tanpa kelulusan Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa serta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Kesalahan itu didakwa berlaku pada tahun 2019 di Sembulan.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan telah memanggil 28 saksi untuk memberi keterangan di mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurul Izzati Sapifee, manakala tertuduh diwakili oleh peguam Hamid Ismail.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular