HomeUtamaPakar patologi antara saksi utama inkues Zara Qairina, bakal dedahkan punca kematian

Pakar patologi antara saksi utama inkues Zara Qairina, bakal dedahkan punca kematian

Read Time:1 Minute, 46 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Pakar patologi yang menjalankan bedah siasat terhadap jenazah Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir antara saksi utama yang akan dipanggil memberi keterangan dalam prosiding inkues kematian remaja itu, yang dijadual bermula minggu depan di Mahkamah Koroner.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan hari ini berkata, pakar itu akan menerangkan mengenai punca kematian mangsa.

“Setakat ini pihak Pendakwa Raya yang bertindak sebagai Pegawai Pengendali bercadang untuk memanggil lebih kurang 70 orang saksi.

“Pasukan Pegawai Pengendali juga telah membuat persiapan rapi, termasuk penyediaan dokumen yang akan dikemukakan semasa prosiding inkues tersebut serta penyerahan dokumen tersebut kepada peguam-peguam yang mewakili pihak-pihak berkepentingan dalam prosiding berkenaan.

“Prosiding inkues ini juga akan disertai oleh pihak-pihak berkepentingan dan peguam pemerhati sepertimana yang telah dibenarkan oleh Mahkamah Koroner,” menurut kenyataan media berhubung perkembangan prosiding inkues kes Zara Qairina.

Prosiding inkues telah ditetapkan untuk pendengaran pada 3 hingga 4 September; 8 hingga 12 September; 17 hingga 19 September; serta 22 hingga 30 September.

Prosiding itu akan dijalankan oleh koroner baharu, hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, yang menggantikan Azreena Aziz, Pengarah Mahkamah Negeri Sabah.

Pihak-pihak berkepentingan iaitu Ibu Zara, Noraidah Lamat diwakili oleh Tetuan Hamid & Co, Shahlan Jufri & Co, Tetuan Rizwan M Borhan & Co, JP Keruak serta Messrs FN Lee & Nasser.

Pihak berkepentingan pesalah kanak-kanak pertama diwakili oleh Tetuan Ram Singh & Co serta Goh & Associates dan pihak berkepentingan pesalah kanak-kanak kedua hingga kelima diwakili oleh Tetuan Azhier Arisin & Jaafar.

Sabah Law Society pula bertindak sebagai peguam pemerhati.

“Jabatan ini bertekad untuk memastikan prosiding inkues dapat dijalankan dengan lancar bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan dan Jabatan ini juga berpegang kepada prinsip keadilan bukan sahaja hendaklah dilaksanakan, tetapi juga hendaklah dilihat sebagai telah dilaksanakan (Justice must not only be done but must also be seen to be done),” katanya.

Terdahulu AGC berkata pihaknya maklum dan menyedari mengenai perhimpunan “No Justice No Merdeka” yang dikatakan akan berlangsung pada hujung minggu ini berhubung kematian Zara, meskipun pihak Pendakwa Raya telah mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Koroner bagi mengadakan inkues selaras dengan subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular