HomeSukanLiga Super : Sabah FC gagal manfaat aksi di laman sendiri

Liga Super : Sabah FC gagal manfaat aksi di laman sendiri

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC gagal mencipta kemenangan di laman sendiri apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 kepada Melaka FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas di sini malam ini.

Sebaik wisel pertama ditiup, Sabah dikejutkan dengan gol awal pasukan lawan pada minit ketiga perlawanan.

Bagaimanapun, Sabah bernasib baik apabila jaringan Juan Douglas Da Silva itu tidak diambil kira kerana ‘ofsaid’.

Susulan itu, Sabah mula menyusun strategi serangan dan berusaha menguasai perlawanan untuk mencari gol pendahulu pada babak pertama.

Bagaimanapun, rentak permainan terganggu disebabkan hujan dan padang yang menjadi licin menyebabkan pergerakan bola banyak tersasar.

Selepas beberapa percubaan, Sabah masih gagal mencari gol pendahuluan dan pemain tuan mula melakukan cubaan jarak jauh pula ke arah gawang menerusi Jafri Chew, Gary Steven Robbat dan Stuart John Wilkin pada minit ke 32, 34 dan 38, namun turut tersasar.

Melaka turut mendapat peluang yang baik menjaringkan gol, terutama menerusi Muhammad Sharel Fikri Md Fauzi pada masa tambahan minit.

Tamat masa rehat, Sabah berjaya memperoleh gol pertama menerusi pemain import Ajdin Mujagic pada minit ke-60 selepas menolak masuk bola hantaran Jafri Chew menjadikan kedudukan berubah 1-0.

Tersentak dengan gol tuan rumah, Melaka terus melakukan serangan bagi mendapatkan gol penyamaan bagi membolehkan pasukan itu membawa pulang mata dari Likas.

Melaka akhirnya berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Irfan Zakaria pada minit ke-84 selepas menolak masuk bola hasil sepakan sudut.

Kedudukan seri 1-1 itu kekal hingga tamat perlawanan dan Sabah kini menduduki tangga ketujuh dalam Liga Super. 

Sabah akan bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada 21 September ini. – Chronivo / FOTO MFL

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah sasar pertahan kejuaraan SOPMA, rangkul kejayaan di Sukan Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular