HomeSukanLiga Super : Sabah FC buru kemenangan pertama di Likas malam ini

Liga Super : Sabah FC buru kemenangan pertama di Likas malam ini

Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu: Sabah FC mahu menamatkan kemarau kemenangan di laman sendiri apabila melayan kunjungan Melaka FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, malam ini.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Jean-Paul de Marigny berkata, persiapan rapi termasuk aspek ketajaman di depan gol diberi tumpuan bagi memastikan tiga mata dapat diraih selepas mencatat dua keputusan seri sebelum ini.

“Daripada segi mental dan fizikal, pemain berada dalam keadaan terbaik. 

“Latihan minggu ini lebih tertumpu kepada ketepatan hantaran serta larian ke ruang bagi memperkemaskan jentera serangan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan, di sini pada Khamis.

Beliau turut memuji komitmen barisan pertahanan yang disifatkan konsisten, namun menegaskan keupayaan menjaringkan gol perlu ditingkatkan bagi memanfaatkan setiap peluang yang terhidang.

“Pertahanan kita beraksi baik musim ini, tetapi kami perlu lebih klinikal di hadapan gol. Keyakinan dan penyudah yang tajam akan jadi kunci untuk kami menang,” katanya.

De Marigny turut merakamkan penghargaan kepada penyokong Sabah FC yang sentiasa memberi sokongan, menyifatkan kehadiran mereka sebagai suntikan semangat buat pasukan.

“Sokongan padu penyokong di Stadium Likas amat kami hargai. 

“Ia menjadi tanggungjawab kami untuk membalas kepercayaan itu dengan persembahan terbaik,” katanya.

Perlawanan Sabah FC menentang Melaka FC dijadual bermula jam 8.15 malam, dengan kedua-dua pasukan kini memburu kemenangan bagi memperbaiki kedudukan dalam liga. Chronivo / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah sasar pertahan kejuaraan SOPMA, rangkul kejayaan di Sukan Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular