Kota Kinabalu: Beberapa kawasan tempat letak kereta di dua buah jalan di sekitar bandar raya akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada penganjuran ‘Sabah Fest’.
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) penutupan kawasan tempat letak kereta itu telah mula ditutup sementara sejak Rabu lalu sehingga Ahad ini.
“Antara yang ditutup sementara adalah tempat letak kereta di Jalan Pantai bermula 2 petang pada Rabu sehingga 2 petang pada Ahad bagi penyimpanan set penjana kuasa.
“Turut ditutup adalah tempat letak kereta di Lorong Api-Api, Jalan Gaya bagi dijadikan kawasan parkir khas bermula jam 2 petang pada Jumaat sehingga 10 malam pada Sabtu.
“Selain itu, Jalan Gaya turut akan ditutup pada Sabtu bermula jam 2 petang sehingga 10 malam bagi tujuan menurunkan tetamu kehormat,” menurut kenyataan itu di sini.
DBKK menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan anggota penguat kuasa yang bertugas serta menggunakan jalan alternatif demi memastikan keselamatan dan kelancaran lalu lintas sepanjang tempoh berkenaan.
“Kerjasama orang ramai amat dihargai bagi melancarkan penganjuran acara tersebut,” tambah kenyataan itu lagi. – Chronivo / FOTO DBKK