HomeUtamaEnam puncak Gunung Kinabalu diukur semula selepas 28 tahun

Enam puncak Gunung Kinabalu diukur semula selepas 28 tahun

Read Time:1 Minute, 18 Second

Ranau : Enam puncak utama Gunung Kinabalu kini menjadi tumpuan pasukan ekspedisi pengukuran geodetik dalam misi khas yang bermula Isnin lalu.

Ekspedisi kolaborasi antara Taman-Taman Sabah, Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Tanah & Ukur Sabah (JTUS) dan Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) itu bertujuan mendapatkan data saintifik terkini mengenai ketinggian serta kedudukan geodetik puncak-puncak Kinabalu selepas hampir tiga dekad.

Majlis pelepasan rasmi yang diadakan di Timpohon Gate, Taman Kinabalu, disempurnakan Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah, Sr Shaffri Baudi bersama wakil Taman-Taman Sabah, Yassin Kasim.

Enam puncak yang diukur ialah; Low’s Peak (4,095m) iaitu puncak tertinggi dan mercu tanda negara dan South Peak dimana puncak ini merupakan ikonik yang terkesan pasca gempa bumi 2015.

Turut diukur adalah Ugly Sister Peak; St. John’s Peak; Donkey’s Ear Peak (sebahagiannya runtuh akibat gempa 2015) dan Tunku Abdul Rahman Peak.

Sebanyak lapan pasukan puncak dibentuk, dengan gabungan kepakaran dari JUPEM, JTUS, RISM dan Taman-Taman Sabah selain disokong oleh pasukan auxiliary serta sebuah pusat operasi utama (command centre).

Menurut kenyataan bersama, misi ini dijalankan bagi menilai kesan gempa bumi bermagnitud 6.0 pada 5 Jun 2015, yang dipercayai memberi impak besar kepada struktur geografi gunung.

“Kali terakhir pengukuran Gunung Kinabalu dibuat adalah pada tahun 1997. Data baharu ini amat penting untuk mengesahkan sama ada terdapat perubahan ketinggian serta kedudukan puncak pasca gempa,” menurut kenyataan itu di sini.

Hasil kajian ini bakal menjadi rujukan penting dalam bidang geosains, pemetaan, keselamatan pendakian serta pengurusan Gunung Kinabalu sebagai tapak warisan dunia UNESCO. – Chronivo / FOTO SABAH PARK

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular