HomeUtamaOrang ramai dipelawa hadir meriahkan sambutan kemuncak Hari Sabah 2025 Ahad ini

Orang ramai dipelawa hadir meriahkan sambutan kemuncak Hari Sabah 2025 Ahad ini

Read Time:55 Second

Kota Kinabalu: Orang ramai dipelawa untuk  hadir bagi memeriahkan sambutan kemuncak Hari Sabah 2025 yang akan berlangsung pada 31 Ogos ini di Padang Merdeka, di sini.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Peto Galim, berkata, sambutan itu bukan sahaja bertujuan memperingati tarikh bersejarah negeri tetapi juga sebagai manifestasi semangat perpaduan rakyat Sabah.

“Saya mempelawa penduduk sekitar Kota Kinabalu dan kawasan berdekatan untuk hadir lebih awal dengan semangat Sabah yang tinggi. Ini adalah hari kita, hari untuk kita raikan bersama sebagai rakyat Sabah.

“Orang ramai juga digalakkan mengenakan pakaian etnik sebagai simbol kebanggaan terhadap kepelbagaian budaya dan identiti negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam satu sesi temu bual di Sabah FM, di sini pada Selasa.

Program kemuncak tersebut akan disempurnakan  Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Peto berkata, pelbagai pengisian menarik akan diadakan pada malam sambutan antaranya pameran, petunjukan bunga api, tamu makanan serta majlis penganugerahan kepada pejuang kemerdekaan.

Selain itu, katanya, Larian Merdeka yang dianjurkan sempena Hari Sabah turut dilaksanakan di beberapa lokasi terpilih sebelum berakhir di Padang Merdeka pada malam sambutan.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular