HomeUtamaHari Sabah 2025 diangkat dengan tema “Untukmu Sabah, Tanah Airku”

Hari Sabah 2025 diangkat dengan tema “Untukmu Sabah, Tanah Airku”

Read Time:1 Minute, 40 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU:  Sambutan Hari Sabah tahun ini diangkat dengan tema “Untukmu Sabah, Tanah Airku” yang membawa makna mendalam mengenai perjuangan, pengorbanan serta usaha rakyat demi membangunkan negeri tercinta.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, tema tahun ini menuntut rakyat melihat Sabah bukan sekadar tempat tinggal, sebaliknya sebagai tanah air yang mesti dipelihara, diperkasa dan dimajukan bersama.

”Ia juga mengingatkan bahawa rasa cinta kepada negeri perlu diterjemahkan melalui tindakan nyata demi pembangunan, kesejahteraan rakyat dan kelestarian generasi akan datang,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Forum Perdana sempena Hari Sabah 2025 di Dewan Serbaguna, Wisma Pertanian di sini, hari ini (27 Ogos).

Empat panel forum jemputan selain Jeffrey, iaitu Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Danny Wong Tze ken, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pembangungan Kajian Sabah (IDS) Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul dan Pensyarah Kanan (Sejarah dan Hubungan Etnik) Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Prof, Madya Dr Mohd Sohaimi Esa.

Moderator dikendalikan oleh Pengerusi Sabah Action Body Advocating Rights (SABAR) Datuk Zainie Abd Aucasa.

Menurut Jeffrey,  Forum Hari Sabah yang diadakan sempena sambutan kali ini dianggap penting kerana memberi ruang kepada rakyat, khususnya generasi muda, untuk memahami dengan lebih mendalam sejarah dan fakta berhubung negeri ini.

Katanya, banyak perkara yang tidak sepenuhnya dimuatkan dalam sukatan pelajaran sekolah, dan melalui forum sebegini, pengetahuan serta kesedaran mengenai perjalanan sejarah Sabah dapat diperluaskan.

Mengulas mengenai sejarah Sabah, Jeffrey berkata, forum itu turut menekankan kepentingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang menjadi asas penyertaan Sabah dalam pembentukan Malaysia. Sehubungan itu, kerajaan negeri terus komited memperjuangkan segala hak dan kepentingan rakyat, selaras dengan semangat asal MA63.

“Penganjuran forum diharap dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai medan ilmu dan wahana menyemarakkan semangat patriotisme, terutama dalam kalangan belia,” ujarnya.

Bagi memeriahkan sambutan Hari Sabah yang dijadualkan pada 31 Ogos ini, pelbagai acara telah dirancang termasuk mengadakan Larian Merdeka, persembahan serta penghargaan kepada tokoh kemerdekaan negeri seperti Allahyarham Tun Mustapha Harun dan Allahyarham Tun Fuad Stephens.

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Boleh Ganggu Inkues, Dilihat Beri Tekanan Kepada Saksi Kanak-Kanak...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular