HomeUtamaUMS lancar dua inisiatif baharu perkukuh agenda kelestarian dan kecemerlangan

UMS lancar dua inisiatif baharu perkukuh agenda kelestarian dan kecemerlangan

Read Time:1 Minute, 38 Second

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan dua inisiatif baharu yang amat bermakna bagi menyahut aspirasi Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025-2035.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, dua inisiatif itu adalah kluster SDG-ESG berserta anugerah impak kelestarian UMS, dan sistem MyKompetensi 2.0 bersama UMS Leadership Talent.

Katanya,anugerah impak kelestarian UMS 2025 di bawah naungan kluster SDG-ESG merupakan satu langkah strategik universiti dalam menerajui agenda kelestarian.

Menurutnya, inisiatif itu bukan sekadar menjadi simbol komitmen, tetapi juga sebuah gerakan menyeluruh yang menggembleng seluruh warga universiti untuk memupuk dan memperkukuh budaya kelestarian di setiap peringkat.

“Ia meliputi aspek pendidikan, penyelidikan, tadbir urus, serta penglibatan aktif bersama komuniti. Inisiatif ini akan menjadi nadi penggerak strategi kelestarian yang menyeluruh, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Anugerah Impak Kelestarian pula mengiktiraf pencapaian cemerlang yang telah membawa impak nyata dalam memelihara alam sekitar, memperkasa masyarakat, dan mengamalkan tadbir urus terbaik.

“Selain itu, Pelancaran Sistem MyKompetensi 2.0 dan UMS Leadership Talent menjadikan kecemerlangan bukan sekadar pencapaian sementara, tetapi satu budaya yang akan mengakar kukuh dalam setiap aspek kehidupan kita di universiti.

“Inisiatif ini menandakan komitmen UMS untuk membina budaya kecemerlangan yang menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan UMS 2025 di sini pada Selasa.

Hadir sama Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor.

Abdul Rahman berkata, sistem ini adalah platform strategik yang mengenal pasti potensi, memperkukuh kompetensi, dan mengiktiraf pencapaian warga universiti secara telus berpandukan piawaian terkini.

Katanya, melalui pembangunan berterusan ini, setiap warga UMS akan diperkasa untuk memberi sumbangan maksimum, menjadikan universiti relevan di peringkat nasional dan global.

“UMS Leadership Talent pula melengkapi usaha ini dengan menyediakan pelan penggantian kepimpinan yang terancang, memastikan kesinambungan pemacu strategik universiti sentiasa berada di tangan pemimpin berwawasan, berintegriti, dan berprestasi tinggi. 

“Justeru, kedua-dua sistem ini adalah saling melengkapi bagi menggerakkan UMS ke arah kecemerlangan sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Pelan Transformasi Sektor Awam,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular