HomeUtamaKerajaan persekutuan, negeri perkukuh kerjasama dan fokus pembangunan Sabah

Kerajaan persekutuan, negeri perkukuh kerjasama dan fokus pembangunan Sabah

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu: Hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri penting bagi memastikan pelaksanaan program pembangunan dapat disampaikan dengan lebih berkesan kepada rakyat.

Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Seri Rosli Isa berkata penjawat awam di negeri ini juga perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam aspek tadbir urus bagi merealisasikan visi pembangunan negeri.

“Kerjasama erat ini amat penting bagi membantu kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa memberi perhatian kepada Sabah, serta kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang berusaha menjadikan Sabah lebih maju dan tersusun, khususnya menjelang pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 pada 2026 hingga 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Perhubungan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan Negeri Sabah Bilangan Tiga Tahun 2025 di sini, pada Isnin.

Rosli berkata, mesyuarat berkenaan turut menjadi platform bagi memperkasakan konsep Malaysia Madani yang dihasratkan Perdana Menteri, selain membincangkan pelaksanaan pelbagai program masyarakat agar manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat Sabah.  

“Beberapa kertas pembentangan telah dibuat antaranya termasuklah persiapan-persiapan program-program masyarakat yang harus dilaksanakan. 

“Disamping itu, kita juga melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah membentangkan perancangan bagi memastikan perjalanan lebih tersusun.

“Begitu juga dengan RTM telah menyusun jadual perancangan yang baik supaya rakyat dapat mengikuti dengan lebih tepat maklumat yang diberikan,” katanya.

Dalam pada itu, Rosli turut mengingatkan penjawat awam agar sentiasa meningkatkan integriti, peka terhadap keadaan semasa dan menyalurkan maklumat yang tepat kepada masyarakat.

“Penjawat awam adalah tulang belakang kerajaan. Kita mesti memelihara integriti selari dengan pesanan Ketua Setiausaha Negara supaya perkhidmatan awam benar-benar menjadi pemacu pembangunan negeri,”katanya.

Mesyuarat Perhubungan tersebut melibatkan penyertaan 151 agensi di seluruh negeri Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular